Salam Takziah buat keluarga Tuan Haji Abdul Malik

Warga SK Pantai Besar merakamkan ucapan takziah kepada seluruh anggota keluarga yang dirundung kesedihan setelah pulangnya Tuan Haji Abdul Malik pada hari Jumaat 12 Julai 2010. Sumbangan Allahyarham kepada pendidikan perjuangan tidak dapat diungkapkan dengan catatan tulisan semata-mata. Sesungguhnya, nadi perjuangan yang ditiupkan oleh Allahyarham diharapkan akan terus berdenyut dalam setiap sanubari insan terutamanya kepada warga pendidik dan pelajar. Biarpun Allahyarham telah meninggalkan kita, tetapi jadikanlah segala coretan kenangan bersama beliau sebagai pemberi semangat kepada kita yang tinggal untuk meneruskan perjuangan dalam dunia serba mencabar ini.

Moga mereka redha dan tabah menghadapi ujian ini. Al-fatihah....

No comments:

Post a Comment