KARNIVAL ICT DAERAH LMS 2010

Pada tahun ini, julung-julung kalinya bakal berlangsung karnival ICT yang bertemakan "Pembestarian Sekolah" pada 4 Ogos 2010 di Sekolah Menengah Teknik Taiping. Antara pengisian yang terdapat dalam karnival ini adalah seperti berikut: -

>> Pameran-pameran yang berunsurkan ICT.
>> Pertandingan penghasilan bahan teknologi pendidikan sekolah menengah
dan rendah.
>> Seminar Pembestarian.
>> Persembahan khas daripada pelajar pendidikan khas.


Makluman kepada semua warga pendidik serta pelajar Daerah Larut, Matang dan Selama, anda boleh menyertai pertandingan yang dianjurkan. Terdapat 3 kategori pertandingan iaitu:-

1. Pertandingan Penghasilan Bahan Interaktif P&P - GURU
2. Pertandingan Penghasilan Klip Video bertajuk "Hari Kemerdekaan /
Menghormati Lagu Negaraku" - PELAJAR SEKOLAH MENENGAH
3 Pertandingan Blog bertemakan Destinasi Menarik Daerah LMS
- MURID SEKOLAH RENDAH

* Penyertaan adalah tidak terhad. Semua penyertaan mestilah disertakan bersama dengan borang penyertaan (boleh didapati di sekolah masing-masing) dan hendaklah sampai ke Pusat Kegiatan Guru Kamunting pada atau sebelum 28 Julai 2010.

** Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Pusat Kegiatan Guru Kamunting atau Fasilitator Schoolnet di sekolah masing-masing.


No comments:

Post a Comment