Tahniah kepada semua warga SKPB...

Assalamualaikum, selamat sejahtera. Salam 1Malaysia

Ucapan jutaan terima kasih dan tahniah kepada warga SK Pantai Besar yang berganding bahu dalam menjayakan program yang dilaksanakan. Pada Jumaat yang lepas, 26 Mac 2010, merupakan hari yang agak "full-house" dari pagi sehinggalah petang harinya.

Di pagi yang mulia tersebut, suatu sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah dijalankan. Dimulakan dengan bacaan selawat ke atas nabi junjungan kita , Nabi Muhammad s.a.w kemudian perarakan mengellilingi sekolah beserta paluan kompang. Seterusnya acara dalam dewan dijalankan dengan persembahan video, pertandingan nasyid, mewarna menulis jawi dan sebagainya.

Di sebelah petang pula, selepas solat Jumaat, mesyuarat agung PIBG kali ke-35 telah dijalankan. Di sini para ibu bapa dan guru bertemu di samping membincangkan perihal mengenai murid serta sekolah. PIBG tidak hanya tertakluk kepada yuran ataupun sumbangan semata-mata, akan tetapi merupakan satu elemen utama dalam sekolah khasnya dalam bersama-sama dalam meningkatkan pencapaian anak-anak dalam pendidikan di samping membantu pihak sekolah dalam usaha memartabatkan sekolah ke peringkat yang lebih tinggi. Namun bilakah senario ini akan berlaku secara optimumnya? Tugas mendidik dan mengajar tidak hanya diletakkan pada bahu guru tetapi dengan kerjasama ibu bapa dalam memastikan permata kita menjadi insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang di dunia dan di akhirat.
Insya-Allah....

Keesokannya pula, 27 Mac 2010, Latihan Dalam Perkhidmatan telah berlangsung dengan jayanya. Walaupun semalamnya agak keletihan dengan program sekolah, tetapi para guru mempamerkan semangat yang harus dipuji. Cikgu Johari memulakan sesi tersebut dengan program NILAM. Banyak informasi mengenai pusat sumber diperolehi serta penerimaan yang lengkap mengenai program NILAM. Selepas itu, diikuti dengan sesi asas pembinaan blog.

TAKLIMAT CATUR

cIKGU jAMIL diingatkan anda ada taklimat catur di SK Yaman (2.30 ptg) - pqdq29.3.2010

TODAY IS SATURDAY

Ain't it fun

pertandingan bercerita peringkat zon batu kurau

pertandingan bercerita bahasa melayu peringkat zon batu kurau akan diadakan pada 15 april di sk sungai ara. diharapkan kepada guru2 dapat memberikan sokongan kepada wakil sekolah. BUDI BAHASA BUDAYA KITA

GURU BERTUGAS PADA 29.3.2010 (ISNIN)

Perlu diingatkan bahawa Puan Hazlina iaitu Guru Prasekolah akan bertugas pada hari tersebut. Diharap beliau bersedia dengan tajuknya.

Mesyuarat Agung PIBG kali ke 35

Terima kasih kepada semua urusetia program atas komitmen yang telah diberikan. Jasa tuan / puan sentiasa dikenang - SU PIBG

assalamualaikum

tq Farah !
semoga kita semua mendapat berkat dan manfaat dari ape yg kita perolehi hari ini...
'anakqlate'

LDP ARI NI....

THANX FARAH.....DAH BLH WAT BLOG NI.....BLH BALIK...DRP...JOM MKN PIZZAHUT....

salam & syukran jazilan

assalamualaikum..
1st of all thanx to farah coz ajar kami semua menggunakan e-blogger..
insyaAllah kami semua akan memanfaatkan ape yg farah ajar !
muchas gracias !
syukran 'ala zalik
`senyumsokm0`

kursus pembinaan blog

askum saya dah reti buat blog sendiri

syukran jazilan

tq adik farah krn ajar kami ttg blog. diharapkan para guru dpt mempublish apa2 citer dlm blog skolah yg kita CINTAI ini......

Kursus Pembinaan Blog

Akum...terima kasih kepada Cik Farah kerana telah mengajar kami membina blog hari ini.. dari Puan Syarida, Puan Aziza SKPB.

LINUS

Linus-Saringan ke 2 akan dijlnkn pd bln Mei...Saringan utk bacaan 1 mei-31 mei dan saringan menulis 1 jun -5 jun.....

blogger

thanks farah coz teach us how to publish the blog. this blog can help us to share the information...

Kokurikulum

PK Koko SK Pantai Besar ialah Pn. Choong Yean Hong . Saya mula berkhidmat di sekolah ini mulai bulan Jun 2009.

EG-TUKAR( ANTARA NEGERI, ANTARA DAERAH, DALAM DAERAH

EG-Tukar akan bermula dari 1-25 April 2010 untuk sesi jun 2010. sila layari laman web http://apps.emoe.gov.my/epgo .sila pilih satu jenis pertukaran sahaja sama ada antara negeri, antara daerah atau dalam daerah.untuk maklumat lanjut bolehlah berjumpa dengan guru data.

Latihan Dalam Perkhidmatan Siri 1

Makluman kepada semua warga pendidik SK Pantai Besar. Sempena kursus yang bakal berlangsung Sabtu ini, 27 Mac 2010, diminta untuk membawa laptop masing-masing bagi memudahkan sesi latihan yang bakal dijalankan. Sebarang kemusykilan mengenainya boleh rujuk kepada Cikgu Saifobahri untuk keterangan lanjut.

Terima kasih atas kerjasama yang diberikan....

Pertandingan Bola Jaring peringkat Zon Batu Kurau

Pada 23 Mac 2010, telah berlangsungnya satu pertandingan bola jaring peringkat zon Batu Kurau bertempat di SK Kg. Gudang. Pasukan Sk Batu Kurau juga tidak ketinggalan mewakili sekolah dalam pertandingan tersebut. Namun, tahun ini tiada rezeki untuk pasukan SK Pantai Besar akan tetapi telah mempamerkan semangat juang yang tinggi dan adalah diharapkan para pemain dapat pengalaman yang berharga untuk diperjuangkan di masa hadapan.

Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Pn Syarida serta Ustazah Nur Amalina kerana telah berganding bahu dalam melatih serta memberi sokongan padu buat pemain.

Jangan bersedih dan berputus asa, jadikan ia sebagai titik permulaan perubahan diri anda untuk menjadi yang terbaik...

zwani.com myspace graphic comments

Selamat Datang, Guru Besar SK Pantai Besar

Kami selaku warga SK Pantai Besar, mengalu-alukan kedatangan GB baru kami iaitu Encik Arshad. Satu mesyuarat pertama bersama Guru Besar yang baru telah dianjurkan bagi sesi perkenalan dikalangan warga kakitangan akademik serta pentadbiran.
Semoga ia memberikan perubahan dan anjakan yang lebih hebat kepada Sekolah kami..


::SELAMAT DATANG KE SKPB kepada ENCIK ARSHAD BIN ABD WAHAB ::

Glitter Graphics

Program Pengisian Cuti Sekolah bersama ICT

Sepanjang cuti sekolah ini, satu program telah dianjurkan terbuka kepada murid Tahun 4 dan 5. Program ini bertujuan bagi memanfaatkan cuti sekolah di samping mempelajari perkara asas ICT. Ilmu yang dipelajari semasa program tersebut adalah diharapkan dapat membantu pemahaman murid serta meningkatkan kesedaran dalam penggunaan ICT.

Ujian Selaras.....bermula

Bermula 10 hingga 12 hb Mac 2010 ini, Ujian Selaras peringkat sekolah telah dijalankan kepada semua murid sekolah rendah. Warga SKPB mengucapkan selamat menempuhi ujian tersebut dan semoga hasil usaha anda sekalian membuahkan hasil.

Get This from CyArena.com



Hari Sukan Sekolah 2010


Pada 4 hb Mac 2010, SK Pantai Besar telah jayanya melangsungkan hari sukan sekolah. Meskipun ia pertama kali dilakukan di waktu persekolahan, namun para jemputan serta komuniti setempat turut bersama-sama memeriahkan suasana hari sukan. Kali ini, rumah HIJAU - PUMA dengan temanya "PUMA PASTI BERJAYA, HIJAU PASTI MEMUKAU" telah menjadi juara rumah dengan jumlah pungutan mata yang tertinggi. Nampaknya tema pasukan hijau benar-benar memberi perangsang kepada peserta. Tahniah diucapkan kepada pasukan rumah HIJAU yang mempamerkan aksi-aksi cemerlang dalam acara dipertandingkan. Kepada pasukan rumah MERAH, jangan berkecil hati, jadikan ini satu titik permulaan untuk meningkatkan kedudukan anda di tahun hadapan.

Kedudukan rumah sukan pada tahun 2010

1 - Hijau
2 - Kuning
3 - Biru
4 - Merah





Selamat berjuang kepada pasukan Hoki sekolah (lelaki)

Warga SK Pantai Besar mengucapkan selamat maju jaya kepada pasukan hoki sekolah (lelaki) dalam pertandingan hoki peringkat daerah LMS.

Semoga anda dapat mempamerkan segala teknik yang dipelajari serta mengharumkan nama sekolah.


SK Pantai Besar BOLEH !!!