Pertandingan Bola Jaring peringkat Zon Batu Kurau

Pada 23 Mac 2010, telah berlangsungnya satu pertandingan bola jaring peringkat zon Batu Kurau bertempat di SK Kg. Gudang. Pasukan Sk Batu Kurau juga tidak ketinggalan mewakili sekolah dalam pertandingan tersebut. Namun, tahun ini tiada rezeki untuk pasukan SK Pantai Besar akan tetapi telah mempamerkan semangat juang yang tinggi dan adalah diharapkan para pemain dapat pengalaman yang berharga untuk diperjuangkan di masa hadapan.

Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Pn Syarida serta Ustazah Nur Amalina kerana telah berganding bahu dalam melatih serta memberi sokongan padu buat pemain.

Jangan bersedih dan berputus asa, jadikan ia sebagai titik permulaan perubahan diri anda untuk menjadi yang terbaik...

zwani.com myspace graphic comments

No comments:

Post a Comment