Tahniah kepada semua warga SKPB...

Assalamualaikum, selamat sejahtera. Salam 1Malaysia

Ucapan jutaan terima kasih dan tahniah kepada warga SK Pantai Besar yang berganding bahu dalam menjayakan program yang dilaksanakan. Pada Jumaat yang lepas, 26 Mac 2010, merupakan hari yang agak "full-house" dari pagi sehinggalah petang harinya.

Di pagi yang mulia tersebut, suatu sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah dijalankan. Dimulakan dengan bacaan selawat ke atas nabi junjungan kita , Nabi Muhammad s.a.w kemudian perarakan mengellilingi sekolah beserta paluan kompang. Seterusnya acara dalam dewan dijalankan dengan persembahan video, pertandingan nasyid, mewarna menulis jawi dan sebagainya.

Di sebelah petang pula, selepas solat Jumaat, mesyuarat agung PIBG kali ke-35 telah dijalankan. Di sini para ibu bapa dan guru bertemu di samping membincangkan perihal mengenai murid serta sekolah. PIBG tidak hanya tertakluk kepada yuran ataupun sumbangan semata-mata, akan tetapi merupakan satu elemen utama dalam sekolah khasnya dalam bersama-sama dalam meningkatkan pencapaian anak-anak dalam pendidikan di samping membantu pihak sekolah dalam usaha memartabatkan sekolah ke peringkat yang lebih tinggi. Namun bilakah senario ini akan berlaku secara optimumnya? Tugas mendidik dan mengajar tidak hanya diletakkan pada bahu guru tetapi dengan kerjasama ibu bapa dalam memastikan permata kita menjadi insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang di dunia dan di akhirat.
Insya-Allah....

Keesokannya pula, 27 Mac 2010, Latihan Dalam Perkhidmatan telah berlangsung dengan jayanya. Walaupun semalamnya agak keletihan dengan program sekolah, tetapi para guru mempamerkan semangat yang harus dipuji. Cikgu Johari memulakan sesi tersebut dengan program NILAM. Banyak informasi mengenai pusat sumber diperolehi serta penerimaan yang lengkap mengenai program NILAM. Selepas itu, diikuti dengan sesi asas pembinaan blog.

No comments:

Post a Comment