KARNIVAL ICT DAERAH LMS 2010

Pada tahun ini, julung-julung kalinya bakal berlangsung karnival ICT yang bertemakan "Pembestarian Sekolah" pada 4 Ogos 2010 di Sekolah Menengah Teknik Taiping. Antara pengisian yang terdapat dalam karnival ini adalah seperti berikut: -

>> Pameran-pameran yang berunsurkan ICT.
>> Pertandingan penghasilan bahan teknologi pendidikan sekolah menengah
dan rendah.
>> Seminar Pembestarian.
>> Persembahan khas daripada pelajar pendidikan khas.


Makluman kepada semua warga pendidik serta pelajar Daerah Larut, Matang dan Selama, anda boleh menyertai pertandingan yang dianjurkan. Terdapat 3 kategori pertandingan iaitu:-

1. Pertandingan Penghasilan Bahan Interaktif P&P - GURU
2. Pertandingan Penghasilan Klip Video bertajuk "Hari Kemerdekaan /
Menghormati Lagu Negaraku" - PELAJAR SEKOLAH MENENGAH
3 Pertandingan Blog bertemakan Destinasi Menarik Daerah LMS
- MURID SEKOLAH RENDAH

* Penyertaan adalah tidak terhad. Semua penyertaan mestilah disertakan bersama dengan borang penyertaan (boleh didapati di sekolah masing-masing) dan hendaklah sampai ke Pusat Kegiatan Guru Kamunting pada atau sebelum 28 Julai 2010.

** Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Pusat Kegiatan Guru Kamunting atau Fasilitator Schoolnet di sekolah masing-masing.


Salam Takziah buat keluarga Adik Mohd Fauzi Alias

Warga SK Pantai Besar merakamkan ucapan takziah kepada seluruh anggota keluarga yang dirundung kesedihan setelah pulangnya adik Mohd Fauzi Alias ke rahmahtullah pada hari Rabu 21 Julai 2010 kerana mengidap penyakit leukemia. Allahyarham merupakan bekas murid Tahun Enam 2009 dan seorang yang bergiat aktif dalam sukan hoki dan bola sepak.

Moga mereka redha dan tabah menghadapi ujian ini. Al-fatihah....

Salam Takziah buat keluarga Tuan Haji Abdul Malik

Warga SK Pantai Besar merakamkan ucapan takziah kepada seluruh anggota keluarga yang dirundung kesedihan setelah pulangnya Tuan Haji Abdul Malik pada hari Jumaat 12 Julai 2010. Sumbangan Allahyarham kepada pendidikan perjuangan tidak dapat diungkapkan dengan catatan tulisan semata-mata. Sesungguhnya, nadi perjuangan yang ditiupkan oleh Allahyarham diharapkan akan terus berdenyut dalam setiap sanubari insan terutamanya kepada warga pendidik dan pelajar. Biarpun Allahyarham telah meninggalkan kita, tetapi jadikanlah segala coretan kenangan bersama beliau sebagai pemberi semangat kepada kita yang tinggal untuk meneruskan perjuangan dalam dunia serba mencabar ini.

Moga mereka redha dan tabah menghadapi ujian ini. Al-fatihah....

Portal NKRA Pendidikan

Portal NKRA ini boleh dicapai melalui url : http://www.moe.gov.my/nkra/ . Portal ini bertujuan untuk memantau dan juga dijadikan sebagai "one-stop center" bagi penyampaian maklumat mengenai prestasi pencapaian NKRA Pendidikan.

Sumber: KPM

Daftar segera Klinik UPSR

MASIH terdapat kekosongan tempat bagi calon yang berminat mengikuti Klinik UPSR 2010 (Fasa 2) peringkat Gombak, Ipoh dan Kuching, Sarawak pada 3 dan 4 Julai ini.

Sementara itu peringkat Jeli, Kelantan pada 30 dan 31 Julai dibuka untuk pendaftaran.Sehubungan itu, calon yang berminat boleh menghubungi pejabat cawangan NSTP dan wakil penganjur dilantik untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, seperti berikut;
KUCHING - Hubungi Troopz Resources 082-381378 / 411691 atau Tuah Opong, 013-8088406 / Khairool, 019-8183804, Faks: 082-422691. Tempat: Dewan IKM Jalan Sultan Tengah. Klinik pada 3 dan 4 Julai.
IPOH (2) - Jabatan Pengedaran NSTP, No 29, Jalan Hussin, Ipoh (Nur Ain, 05-2540323). Klinik pada 3 - 4 Julai. Tempat: Perak Techno Trade Centre (PTTC), Bandar Meru Raya.

GOMBAK - Hubungi Ahmad Dasuki Abd Rauf di No 29, Jalan Mawar, Taman Idaman, Serendah, 013-3953915/013-3491778. Klinik pada 3 - 4 Julai. Tempat: Kuliyyah Kejuruteraan UIAM.

KUALA TERENGGANU(2) - Jabatan Pengedaran NSTP, 1107U, Jalan Pejabat Kuala Terengganu (Abdul Ghani Mat Nor/Kamal Rifin, 09-6221361/017-9725280). Klinik pada 9 - 10 Julai. Tempat: Taman Tamadun Islam.

KUALA LUMPUR (2) - Hubungi Galeri Pendidikan Berita Harian Sdn Bhd, Balai Berita, 31 Jalan Riong, Kuala Lumpur atau hubungi 03-20569863 (Khusairi) atau 03-22822323 smb 4912 /4761 (Nuraihan Ibrahim, Muhd Fakhri Alias atau Rosdi Ismail). Klinik pada 10 - 11 Julai. Tempat: Auditorium Muzium Negara.
BENTONG - Hubungi Mohd Affendi Ibrahim 016-6635865 atau Mariani Ali, 012-9622540. Klinik pada 24 - 25 Julai.

BUTTERWORTH - Jabatan Pengedaran NSTP Pulau Pinang (Wan Zarifah 017-4551891/04-2270634 dan Zaini Hamid 012-5668559). Klinik pada 24 - 25 Julai.

MUAR - Pusat Tuisyen Seri Mutiara, hubungi Shahidah Jaafar, 019-7756977/019-7746977. Klinik pada 24 - 25 Julai.

SHAH ALAM (2) - Hubungi PT Al-Hikmah, No. 73A & B, Jalan Pelabur B, 23/B Seksyen 23, Shah Alam (03-55411771/55421598. Tarikh : 24 - 25 Julai. Tempat: dewan Kuliah 1 Bangunan Menara UiTM, Shah Alam.

JELI: Hubungi Nizam Musa, 019-9906807. Tarikh klinik pada 30 dan 31 Julai. Tempat: Dewan TNB Pergau, Jeli.

SKUDAI - Hubungi Norliza Shamsuddin, No 4, Jalan Palas 15, Taman Teratai, 019-7712512. Klinik pada 30 Julai - 1 Ogos. Tempat : UTM Skudai.

SEGAMAT - Hubungi Adibah Mahzan / Faridah (017-7762621 / 012 - 7474262). Tarikh 31 Julai - 1 Ogos. Tempat: UiTM Segamat.





Pertandingan Blog Pendidikan


Pihak Pusat ICT UPSI telah menganjurkan 1 Pertandingan Educational Blogging peringkat kebangsaan terbuka kepada semua warga Malaysia. Kepada yang berminat, dikehendaki mendaftar secara online di http://ict.upsi.edu.my/ictday2010 . Setiap penyertaan hendaklah diterima selewat-lewatnya 25 Julai 2010.