Salam Takziah buat keluarga Mior Ahmad Fuad Mior Badri

Awal pagi Jumaat, 2 April, Malaysia telah dikejutkan dengan berita pemergian salah seorang anak seni dalam bidang komedi iaitu Allahyarham Mior Ahmad Fuad atau lebih dikenali dengan Din Beramboi. Beliau meninggal dunia di wad ICU, Hospital Selayang disebabkan oleh demam denggi berdarah. Bagi para pendengar Radio Era, mungkin akan terasa kehilangan beliau di dalam segmen Riuh di Era bersam Aznil dan Din Beramboi. Beliau juga agak sinonim dengan majalah lawak iaitu Ujang di suatu ketika dulu. Tidak lupa watak Din Beramboi sebagai icon dalam majalah Ujang tersebut. Bagi kepada mereka mengikuti perkembangan kareer beliau, masa ini adalah masa kemashyuran beliau. Namun, takdir telaj\h mengubah segalanya. beliau meninggalkan seorang balu dan 3 orang cahaya mata.

Salam takziah buat keluarga beliau, moga mereka redha dan tabah menghadapi ujian ini.
Al-fatihah....

No comments:

Post a Comment