Hari Sukan Sekolah 2010


Pada 4 hb Mac 2010, SK Pantai Besar telah jayanya melangsungkan hari sukan sekolah. Meskipun ia pertama kali dilakukan di waktu persekolahan, namun para jemputan serta komuniti setempat turut bersama-sama memeriahkan suasana hari sukan. Kali ini, rumah HIJAU - PUMA dengan temanya "PUMA PASTI BERJAYA, HIJAU PASTI MEMUKAU" telah menjadi juara rumah dengan jumlah pungutan mata yang tertinggi. Nampaknya tema pasukan hijau benar-benar memberi perangsang kepada peserta. Tahniah diucapkan kepada pasukan rumah HIJAU yang mempamerkan aksi-aksi cemerlang dalam acara dipertandingkan. Kepada pasukan rumah MERAH, jangan berkecil hati, jadikan ini satu titik permulaan untuk meningkatkan kedudukan anda di tahun hadapan.

Kedudukan rumah sukan pada tahun 2010

1 - Hijau
2 - Kuning
3 - Biru
4 - Merah





No comments:

Post a Comment