Tahniah kepada pasukan Malaysia menjuarai Piala Suzuki 2010





Alhamdulillah, dengan izinNya, Malaysia telah menjuarai Piala Suzuki pada kali ini. Tahniah kepada pasukan Harimau Malaya kerana telah berjaya akhiri kemarau 14 tahun Piala Suzuki AFF. Dengan ini Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib telah mengisytiharkan Jumaat ini sebagai cuti umum.



Kami amat berbangga dengan semangat juang yang telah ditunjukkan walaupun berhadapan dengan 95 ribu penyokong Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta semalam.

Jadikan ini sebagai satu langkah kita dalam terus maju dalam arena bola sepak.

~ Keep moving forward ~

Malaysia Boleh !!




Selamat Datang Murid Prasekolah & Tahun 1




zwani.com myspace graphic comments


Pihak sekolah amat berbesar hati dengan kehadiran para ibu bapa dan penjaga yang datang bersama anak-anak mereka yang mengikuti program transasi pada hari ini.

Kepada anak-anak yang bakal memulakan persekolahan pada 3 Januari 2011, warga sekolah mengucapkan selamat datang..





Cegah ia sebelum maut menanti...


Demam denggi

Demam denggi ialah sejenis penyakit bawaan nyamuk yang menjadi masalah utama kesihatan awam antarabangsa dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Jenis demam denggi yang lebih merbahaya ialah demam denggi berdarah. Ia merupakan punca utama kematian kanak-kanak di kebanyakan negara hari ini.Demam denggi dibawa oleh nyamuk Aedes kepada manusia melalui gigitannya.


Bagaimanakah penyakit ini merebak?

Demam denggi didapati berlaku di kawasan bandar dan sekitarnya di negara-negara rantau tropika.

Sesiapa sahaja yang digigit nyamuk yang membawa kuman virus denggi menghadapi risiko yang lebih tinggi mendapat denggi. Demam denggi menyerupai demam selsema dan ciri klinikalnya berbeza-beza mengikut umur pesakit.

Pemindahan penyakit:

  • Virus denggi dipindahkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk Aedes yang membawa virus denggi.

  • Nyamuk berupaya menyebarkan penyakit berkenaan dalam jangka masa 8 - 12 hari selepas menghisap darah manusia (perumah).

  • Nyamuk betina yang dijangkiti virus denggi boleh memindahkan virus tersebut ke generasi seterusnya melalui pemindahan transovarial (melalui ovari).

  • Manusia masih merupakan perumah gandaan utama bagi virus denggi walaupun terdapat kajian menunjukkan di beberapa bahagian tertentu di dunia, monyet boleh dijangkiti dan menjadi sumber virus bagi nyamuk yang belum dijangkiti.

  • Virus denggi dari perumah pertama (mangsa pertama) hanya dapat menjangkiti/dipindahkan ke perumah kedua 18 jam sebelum suhu badan meningkat dan sekurang-kurangnya 3 hari selepas timbulnya gejala penyakit.

Bagaimanakah terjadinya demam denggi?

Vektor demam denggi adalah nyamuk Aedes betina.

Nyamuk yang telah dijangkiti membawa virus denggi di dalam badannya. Virus ini kemudiannya dipindahkan kepada manusia semasa proses menghisap darah. Sebaik sahaja seseorang itu digigit, virus denggi akan memasuki dan beredar di dalam aliran darahnya, maka bermulalah penyakit ini.

Apakah penyebab demam denggi?

Penyakit demam denggi berpunca dari 4 jenis virus denggi yang dipindahkan kepada manusia melalui nyamuk Aedes yang telah dijangkiti.

Pada asasnya terdapat 4 jenis virus denggi iaitu flavivirus DEN-1, DEN-2, DEN-3 dan DEN-4. Semua nyamuk Aedes berupaya bertindak sebagai vektor virus denggi sebelum memindahkannya kepada manusia. Walau bagaimanapun, vektor utama virus ini ialah nyamuk Aedes Aegypti. Vektor lain adalah seperti nyamuk Aedes Albopictus yang merupakan vektor virus denggi di kawasan bandar.

Apakah faktor yang meningkatkan risiko denggi?

Pada asasnya, mereka yang tinggal di kawasan endemik denggi dan terdedah kepada nyamuk Aedes menghadapi risiko dijangkiti demam ini.

Kumpulan yang berisiko tinggi mendapat penyakit denggi ialah:

  • Penduduk dan pelawat kawasan endemik denggi.
  • Kanak-kanak berumur 15 tahun ke bawah. Penyakit ini menjadi lebih teruk dan sering membawa kematian kepada kumpulan ini.

Bagaimanakah kedudukan penyakit ini?

Kadar insidens demam denggi dan demam denggi berdarah di Malaysia adalah masing-masing 118.3 dan 5.1 bagi setiap 100,000 penduduk. Manakala kadar kematian atau mortaliti demam denggi dan demam denggi berdarah pada tahun 1998 adalah masing-masing 0.22 dan 0.23 bagi setiap 100,000 penduduk.

Insidens global demam denggi telah meningkat dengan mendadak dalam beberapa dekad kebelakangan ini. Kini demam denggi merupakan endemik di lebih 100 buah negara rantau Afrika, Amerika, Mediterranean Timur, Asia Tenggara dan Pasifik Barat Sebelum tahun 1970, hanya sembilan buah negara mengalami epidemik denggi. Bilangan yang merupakan peningkatan 4 kali ganda di sekurang-kurangnya 41 buah negara dalam tahun 1995. Perangkaan yang lain adalah seperti di bawah . Seramai 2500 juta manusia - iaitu 2/5 penduduk dunia - sekarang ini menghadapi risiko demam denggi. Tanpa rawatan yang bersesuaian, kadar kematian akibat demam denggi berdarah mencapai 15% atau lebih .

Apakah gejala denggi?

Demam denggi ialah sejenis penyakit arboviral yang kompleks merangkumi demam denggi, demam denggi berdarah dan sindrom renjatan denggi.

Demam Denggi

Ciri-ciri klinikal demam denggi berubah-ubah mengikut umur pesakit:

  • Bayi dan kanak-kanak mungkin mengalami demam yang sukar dibeza-bezakan beserta dengan kemunculan ruam.

  • Orang dewasa dan kanak-kanak yang lebih tua mungkin mengalami sama ada sindrom demam yang tidak serius ataupun demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk, ruam dan sakit di belakang mata, otot dan sendi.

  • Pendarahan kulit adalah fenomena lazim.

  • Kadar kematian amat rendah.

  • Penyakit ini lazimnya bermula dengan peningkatan suhu badan yang mendadak, diikuti gejala-gejala lain yang tidak khusus seperti merah muka dan lain-lain gejala demam denggi yang tidak spesifik.

  • Rasa tidak selesa di bahagian ulu hati (epigastrik), sensitif di bahagian rusuk kanan dan sakit di bahagian abdomen merupakan fenomena biasa demam denggi berdarah.

  • Demam selalunya berterusan selama 2-7 hari dan suhu badan boleh meningkat setinggi 40-41oC dan mungkin diikuti dengan kekejangan dan pendarahan.

  • Dalam kes-kes yang sederhana teruk, selalunya semua tanda dan gejala penyakit hilang selepas demam sembuh.

  • Pesakit biasanya sembuh secara spontan atau selepas diberi terapi cecair dan elektrolit (ion berasingan seperti natrium, klorida, potasium, bikarbonat dan lain-lain)

Sindrom Renjatan Denggi

Bagi kes-kes yang serius, keadaan pesakit merosot dengan mendadak selepas demam beberapa hari. Tanda-tanda kegagalan peredaran darah dapat dilihat:

Kulit pesakit menjadi dingin, lebam dan padat dengan darah terkumpul, sianosis sirkumoral (circumoral cyanosis) dan pesakit merasa tidak selesa. Seterusnya, melarat ke tahap renjatan yang kritikal.

Renjatan dicirikan oleh denyutan nadi yang lemah dan cepat, tekanan darah rendah (hipotensi)(keadaan ini menurun secara tidak normal), kulit menjadi dingin serta lembap dan terasa tidak selesa. Pesakit yang mengalami renjatan adalah dalam keadaan bahaya dan boleh mengancam nyawa jika rawatan bersesuaian tidak diberikan segera. Jangka masa renjatan adalah pendek. Pesakit mungkin meninggal dunia dalam tempoh 12 - 24 jam atau sembuh dengan cepat selepas diberi terapi antirenjatan.

Apakah komplikasi yang mungkin timbul?

Komplikasi demam denggi ialah:

  • Demam Denggi Berdarah.

  • Sindrom Renjatan Denggi.

Apakah ujian-ujian yang boleh dilakukan untuk mengesan penyakit ini?

  • Pemeriksaan darah digunakan untuk membantu dalam diagnosis demam denggi. Kiraan sel platlet yang rendah (trombositopenia) dan kepekatan hematokrit (hemokonsentrasi) yang tinggi lazimnya dikesan.

  • Ujian serologi menawarkan kaedah yang paling cepat dan ringkas untuk mengesahkan diagnosis klinikal demam denggi. Pengasingan virus merupakan kaedah diagnosis yang paling boleh dipercayai.

Apakah rawatan yang diberi untuk demam denggi?

Tiada rawatan khusus untuk demam denggi.

  • Dalam kes demam denggi dengan atau tanpa renjatan, cecair yang diberi secara oral sudah memadai untuk menggantikan kehilangan cecair badan akibat demam kuat, anoreksia dan muntah-muntah.

  • Ubat antipiretik mungkin boleh digunakan untuk meredakan demam. Walau bagaimanapun, salisilat (sebatian yang mengandungi analgesik untuk melegakan kesakitan, antipyresis - mengurangkan demam dengan menurunkan suhu badan dan aktiviti anti keradangan seperti aspirin) perlu dielakkan kerana ia diketahui boleh menyebabkan pendarahan. Pesakit perlu diawasi dengan rapi bagi mengesan tanda-tanda awal renjatan.

  • Untuk pesakit-pesakit sindrom renjatan denggi, penggantian awal dan segera plasma yang hilang dengan plasma, penambah plasma dan/atau larutan elektrolit dan cecair akan menghasilkan kesan yang menggalakkan.

Rawatan bukan farmakologi

Rawatan termasuk:

  • Meningkatkan pengambilan cecair.
  • Meningkatkan bekalan oksigen.

Pesakit demam denggi perlu berehat dan minum lebih banyak air untuk segera sembuh. Pesakit yang mengalami renjatan ketika demam perlu diberi cecair secara intravena (melalui salur darah vena). Oksigen juga perlu diberikan. Untuk pesakit demam denggi berdarah, penggantian cecair badan yang hilang mungkin mampu menyelamatkan nyawanya. Bagi sesetengah kes, pemindahan darah perlu dilakukan bagi mengawal pendarahan.

Apakah jenis pemantauan yang perlu dibuat?

Apabila sahaja pesakit disahkan mendapat demam denggi adalah menjadi tanggung jawab doktor yang merawat untuk memaklumkan kepada pihak berkuasa kesihatan mengenai perkara ini kerana denggi merupakan penyakit yang perlu dilaporkan. Laporan ini penting supaya tindakan lanjutan seperti di bawah ini dapat dijalankan:

  • Kawasan dan persekitaran di mana pesakit disyaki dijangkiti perlu dilakukan pengasapan (fogging) oleh pihak berkuasa.

  • Memantau kawasan yang menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes supaya ianya tidak merebak ke tempat lain. Jika tempat pembiakan ditemui pemilik rumah akan didenda.

  • Apabila pesakit telah keluar dari hospital, beliau dan ahli keluarganya perlu mengambil langkah-langkah pencegahan dan bertindak untuk mencegah penyakit ini dari berulang. Ini kerana pesakit yang pernah mengalami denggi jika ia mendapat semula penyakit ini, kesannya adalah amat teruk.

Adakah terdapat kaedah saringan tertentu atau suntikan untuk denggi?

Malang sekali, vaksin untuk penyakit denggi masih belum ada. Namun begitu, beberapa kemajuan telah dicapai dalam proses penghasilan vaksin yang mampu melindungi manusia dari keempat-empat jenis virus denggi. Produk berkenaan mungkin boleh didapati di pasaran dalam beberapa tahun lagi.

Bagaimana cara untuk mencegah denggi?

Berikut adalah langkah-langkah pencegahan utama:

  • Perlindungan dari gigitan nyamuk.
  • Elak dari melawat atau berkunjung ke kawasan berisiko tinggi pada siang hari.
  • Musnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk.
  • Hapuskan nyamuk Aedes dewasa.

Lindungi diri anda dari gigitan nyamuk

Untuk mengelak dari gigitan nyamuk, seseorang itu perlulah mengetahui tabiat makan nyamuk dan menggunakan bahan penghindar nyamuk pada kulit yang terdedah apabila perlu. Pakai pakaian yang menutupi kebanyakan bahagian tubuh kerana ini boleh melindungi dari gigitan nyamuk. Pasangkan jaring nyamuk dan skrin pada tingkap untuk mencegah nyamuk dari memasuki rumah.

Elakkan dari membuat lawatan ke kawasan berisiko tinggi di waktu siang

Jalan terbaik ialah mengelak dari bertandang ke kawasan berisiko (kawasan bandar) di siang hari. Ini adalah kerana nyamuk Aedes bukanlah serangga malam. Waktu puncak ia mencari makan ialah di awal pagi dan awal senja.

Musnahkan tempat pembiakan nyamuk

Cara lain untuk mencegah denggi ialah dengan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk. Nyamuk Aedes membiak dalam tempat-tempat takungan air seperti tayar buruk dan bekas menyimpan air. Anda juga perlu selalu menukar air dalam pasu bunga dan bekas air minum haiwan peliharaan untuk mencegah nyamuk dari membiak. Apa yang anda dan keluarga perlu lakukan ialah:

  • Tutup dengan rapat semua bekas air seperti baldi, bejana air dan tong-tong atau masukkan ubat pembunuh jentik-jentik ke dalamnya.

  • Salin air dalam jambangan bunga setiap minggu.

  • Buangkan air dan basuh pengalas pasu bunga

Adakah terdapat kaedah saringan tertentu atau suntikan untuk denggi?

Malang sekali, vaksin untuk penyakit denggi masih belum ada. Namun begitu, beberapa kemajuan telah dicapai dalam proses penghasilan vaksin yang mampu melindungi manusia dari keempat-empat jenis virus denggi. Produk berkenaan mungkin boleh didapati di pasaran dalam beberapa tahun lagi.

Bagaimana cara untuk mencegah denggi?

Berikut adalah langkah-langkah pencegahan utama:

  • Perlindungan dari gigitan nyamuk.
  • Elak dari melawat atau berkunjung ke kawasan berisiko tinggi pada siang hari.
  • Musnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk.
  • Hapuskan nyamuk Aedes dewasa.

Lindungi diri anda dari gigitan nyamuk

Untuk mengelak dari gigitan nyamuk, seseorang itu perlulah mengetahui tabiat makan nyamuk dan menggunakan bahan penghindar nyamuk pada kulit yang terdedah apabila perlu. Pakai pakaian yang menutupi kebanyakan bahagian tubuh kerana ini boleh melindungi dari gigitan nyamuk. Pasangkan jaring nyamuk dan skrin pada tingkap untuk mencegah nyamuk dari memasuki rumah.

Elakkan dari membuat lawatan ke kawasan berisiko tinggi di waktu siang

Jalan terbaik ialah mengelak dari bertandang ke kawasan berisiko (kawasan bandar) di siang hari. Ini adalah kerana nyamuk Aedes bukanlah serangga malam. Waktu puncak ia mencari makan ialah di awal pagi dan awal senja.

Musnahkan tempat pembiakan nyamuk

Cara lain untuk mencegah denggi ialah dengan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk. Nyamuk Aedes membiak dalam tempat-tempat takungan air seperti tayar buruk dan bekas menyimpan air. Anda juga perlu selalu menukar air dalam pasu bunga dan bekas air minum haiwan peliharaan untuk mencegah nyamuk dari membiak. Apa yang anda dan keluarga perlu lakukan ialah:

  • Tutup dengan rapat semua bekas air seperti baldi, bejana air dan tong-tong atau masukkan ubat pembunuh jentik-jentik ke dalamnya.

  • Salin air dalam jambangan bunga setiap minggu.

  • Buangkan air dan basuh pengalas pasu bunga setiap minggu.

  • Periksa saluran air hujan (saluran bumbung) setiap minggu dan buang daun-daun kayu atau sampah sarap lain yang menyekat aliran air.

  • Bersihkan persekitaran rumah anda. Buangkan semua bekas atau benda yang boleh menakung air seperti tin-tin kosong dan botol ke dalam beg plastik dan letakkan dalam tong sampah yang bertutup.

Hapuskan nyamuk Aedes dewasa

Anda boleh menggunakan penyembur serangga bagi membunuh nyamuk dewasa di dalam rumah. Melakukan semburan menyeluruh bahagian rumah. Untuk lebih berkesan, semburan perlulah dilakukan ke seluruh bahagian dalam rumah. Anda juga boleh menggunakan ubat nyamuk untuk mengelakkan anda dan keluarga dari digigit nyamuk.


Sumber: www.infosihat.gov.my

Kicap Kipas Udang...Ori kah?

Dibawah ini maklum balas email dari pihak ZARAFOODSTUFF dan juga perbezaan untuk mengenal Produk Tiruan ini.

ASSALAMUALAIKUM
Yang Dihormati En Azhar Ramli, merujuk emel saudara, pihak ZARA disini sebenarnya telah mengesan kewujudan kicap tiruan ini (botol kecil sahaja) sejak bulan September dan kami tidak membuat publisiti yang meluas berkenaan perkara ini kerana ingin menangkap dalang sebenar yang menjalankan kegiatan ini. Alhamdullialh setakat ini kami telah mengesan beberapa pengedar haram tetapi masih gagal lagi mengesan dalang yang terlibat.
Untuk pengetahuan saudara Azhar sebagai rasa tanggung jawab pihak kami telah membuat bancian disemua kedai runcit dan mini market diseluruh Malaysia bermula pada bulan September dan telah berkerjasama dengan pihak KPDN untuk memberi amaran dan merampas kicap tiruan daripada peruncit telibat.

Untuk jangka pendek bagi mengurangkan impak kepada pengguna pihak kami telah membuat pembaharuan kepada capseal dan label untuk memudahkan pengguna membuat perbandingan diantara kicap tiruan dan asli. Produk dengan Label baru digunakan bermula pada penghujung September hingga kini dan boleh didapati di Hypermarket dan semua kedai-kedai yang lain.

Jika pengguna masih menjumpai produk kicap dengan label lama (Capseal hitam) sila buat perbandingan seperti gambar yang dilampirkan disini sebelum membuat pembelian. Pihak kami mendapati dari segi pembungkusan, 98% peniruan sama dengan yang asli menjadikan pengguna susah untuk melihat perbezaan.

Dari segi rasa memang tidak sama kerana produk tiruan banyak mengunakan air biasa, pewarna dan bahan pemekat , gula serta garam dan tiada rasa lemak (Umami). Berbanding produk asli yang menggunakan peraman ekstrak kacang soya yang mempunyai rasa lemak(umami) seakan rasa monosodium glutamate(ajinomoto).

Oleh itu pihak kami sekali lagi sangat mengalu-alukan peranan Saudara Azhar untuk menyebarkan maklumat ini kepada pengguna setia kami yang lain. Kerjasama saudara amat kami hargai.

Dibawah ni ditunjukkan bahagian yang pengguna perlu perhatikan untuk memastikan produk yang dibeli Asli atau Tiruan.




Sumber : www.teratakarmo.com


Makluman : Mesyuarat Guru

Perhatian kepada semua warga akademik Sk Pantai Besar. Mesyuarat Guru bakal diadakan berdasarkan butiran berikut:-

Tarikh : 29 - 30 Disember 2010

Hari : Rabu dan Khamis

Masa : 8.30 pagi

Tempat : Bilik Gerakan SK Pantai Besar

Kehadiran : Wajib


Program Transisi Murid Tahun 1 dan Prasekolah 2011


Bagi Program Transisi Murid Tahun 1 dan Prasekolah akan diadakan mengikut
ketentuan berikut:

Tarikh : 30 Disember 2010
Hari : Khamis
Masa : 9.00 pagi
Tempat: Kelas Tahun 1 (bagi murid Tahun 1)
Kelas Prasekolah (bagi murid pra)
Nota Tambahan: Diminta murid membawa pensel warna pada waktu tersebut.


Salam Maal Hijrah 1432


Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman


Moga kita akan terus mempertingkatkan keimanan kita dalam memperolehi kebahagiaan di dunia dan di akhirat.


Lawatan Cameron Highlands

Pada 23 November 2010, pihak sekolah telah mengadakan lawatan ke Cameron Highlands.
Ia disertai 45 orang murid yang terdiri daripada murid Tahun 4, 5 dan 6.

Antara tempat yang dilawati adalah seperti:-
>> Rose Valley
>> Honey Bee Farm
>> Butterfly Garden
>> Masjid Sultan Ahmad Syah
>> MARDI
>> Pasar

Walaupun tidak kesempatan untuk melawat Cactus Valley dan Tea House, Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan selamat tiba di sekolah pada jam 10.45 malam.



Program Pengisian Cuti Sekolah Musim Ketiga.............kini kembali

Sempena cuti sekolah ini, satu program yang berteraskan ICT sedang dijalankan terbuka kepada murid tahun 4, 5 dan 6. Ia bertujuan untuk murid mempelajari beberapa kemahiran komputer di samping mengisi masa lapang mereka.

Ia diadakan setiap hari Selasa, Rabu dan Khamis pada jam 9.30 pagi dan 2.30 petang.

Antara pengisian program tersebut:
- Persembahan Multimedia menggunakan Microsoft Powerpoint
- Sudut Kreatif bersama Photoshop

Diharapkan dengan adanya program seperti ini dapat memberi manfaat dan memupuk minat dalam bidang ICT seperti seni grafik dan multimedia. Selain mempelajari beberapa teknik, mereka juga akan diserapkan kaedah penggunaan perkakasan komputer secara berhemah sepanjang program ini dijalankan.

Pemenang Anugerah Cemerlang SKPB 2010

Demikian adalah pemenang-pemenang dalam Majlis Hari Anugerah Cemerlang SK Pantai Besar 2010 yang telah dijalankan baru-baru ini.

Tokoh Nilam 2010:
- Fatin Insyirah bt Abd Aziz

Pelajar Lompatan Saujana:
- Nurul Hazeera bt Harizan

Pelajar Komited:
- Nur Syaza Aina bt Mohd Syukri

Tokoh Harapan:
- Nur Hanis Syafiqah bt Husin

Tokoh Ko-kurikulum (Lelaki):
- Mohamad Arif Haiqal b Mhd Sidik

Tokoh Ko-kurikulum (Perempuan):
- Siti Nor Salihah bt Mohd Idris

Tokoh Sahsiah Terpuji Tahap 1:
- Siti Nuriyah bt Tajul Arip

Tokoh Sahsiah Terpuji Lelaki:
- Mohamad Arif b Abu Bakar

Tokoh Sahsiah Terpuji Perempuan:
- Nurul Najwa bt Zainal

Tokoh Murid:
- Mohamad Arif b Abu Bakar


Makluman Cuti Sempena Hari Raya Aidil Adha 2010

Perhatian kepada seluruh warga SK Pantai Besar.

Insya Allah, Hari Raya Aidiladha dijangka akan disambut pada 10 Zulhijjah 1431 bersamaan Hari Rabu, 17 November 2010, di mana cuti tersebut jatuh pada minggu akhir penggal persekolahan 2010.

Sekolah akan bercuti selama dua (2) hari iaitu 17 dan 18 November. Oleh demikian, sekolah akan dibuka semula pada hari Jumaat, 19 November 2010 sebelum melangkah ke cuti penggal akhir tahun ini yang bermula pada 20 November 2010.

Untuk maklumat lanjut, sila muat turun Surat Makluman di bawah:

Cuti Tambahan Aidil Adha.


Moga lebaran Aidil Adha ini membawa sejuta makna di samping memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya dalam menguji iman kepada Allah swt..
Berhati-hati walau di mana jua anda berada..



UPSR 2010

Seluruh warga SK Pantai Besar mrngucapkan tahniah kepada murid yang telah berjaya mendapat keputusan 5A dalam UPSR pada tahun ini seramai 5 orang.

:: Mohamad Arif b Abu Bakar
:: Muhamad Irfan b Azeli
:: Muhammad Danial Nuraiman b Ahmad Khasimi
:: Nur Afiqah bt Tajul Arip
:: Siti Nor Najihah bt Hashimi

Peratusan pada kali ini juga meningkat sekali ganda daripada tahun sebelumnya iaitu 67%.

Tahniah diucapkan...

Keputusan UPSR 2010

Keputusan UPSR 2010 bakal dikeluarkan pada 11 November 2010 bersamaan hari Khamis ini. Murid boleh mendapatkan keputusan di sekolah anda pada pukul 10 pagi.

Harap Maklum


Selamat menduduki ujian akhir tahun 2010

Warga SK Pantai Besar mengucapkan selamat maju jaya dalam menduduki peperiksaan akhir tahun 2010.




Bina kaedah jaringan pendidikan Asia Tenggara

MELAKA 25 Okt. - Warga pendidik di Asia Tenggara digesa membina kaedah jaringan yang lebih berkesan dan berkongsi model amalan terbaik untuk merumuskan dasar dan strategi bagi merapatkan jurang gender dalam pendidikan dan menyediakan program pendidikan khas yang lebih berkualiti.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jika perkara tersebut tidak diberikan tumpuan, komitmen setiap kerajaan di rantau ini untuk mencapai matlamat membasmi buta huruf menjelang 2015 tidak akan tercapai.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, kebanyakan kawasan pendalaman di Asia Tenggara, masih terdapat pelbagai halangan dalam usaha menyediakan pendidikan berkualiti terutama kepada kanak-kanak perempuan.

"Penyelidikan menunjukkan bahawa masyarakat di kawasan pendalaman di rantau ini lebih cenderung menghantar kanak-kanak lelaki ke sekolah berbanding kanak-kanak perempuan.

"Di samping itu, kanak-kanak dengan keperluan khas pula tidak berpeluang mengikuti pendidikan lanjutan dan mendapat khidmat pascasekolah.

"Ini sesuatu yang amat malang kerana kanak-kanak ini memerlukan kemudahan dan khidmat sokongan yang terbaik untuk membantu mereka menyesuaikan diri dengan masyarakat apabila mencapai umur dewasa," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan Pusat Serantau Bagi Pendidikan Khas (SEAMEO SEN) dan bangunan tambahan Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Perempuan Melayu Melaka di sini hari ini.

Pembinaan bangunan tambahan tiga blok empat tingkat bernilai RM50 juta mampu menampung kira-kira 2,500 pelatih untuk mempelbagaikan latihan perguruan pendidikan khas di negara ini.

Sempena perasmian itu, dua seminar serantau turut diadakan dengan menumpukan kepada isu Pendidikan Khas dan Pendidikan Kanak-Kanak Perempuan di bawah projek kolaborasi SEAMEO-UNESCO-ASEAN dan Kementerian Pelajaran.

Muhyiddin berkata, seminar yang diadakan menjadi platform terbaik untuk membincangkan masalah dengan terperinci dan mengemukakan cadangan-cadangan bernas untuk mengatasinya.

"Saya berharap kedua-dua seminar ini membolehkan warga pendidik di rantau ini membina jaringan, berkongsi model amalan terbaik dan mencetus idea-idea inovatif.

"Ia penting bagi merapatkan jurang gender dalam pendidikan dan menyediakan program pendidikan khas yang lebih berkualiti," katanya.

Bagi negara ini katanya, kerajaan memberikan tumpuan kesaksamaan gender menerusi pendidikan kaum wanita.

Katanya, penubuhan IPG Perempuan Melayu Melaka pada 1935 adalah antara usaha awal untuk menggalakkan penyertaan kaum wanita dalam kerjaya perguruan dan sekali gus merapatkan jurang gender dalam pendidikan di negara ini.

"Dalam usaha untuk mencapai kesaksamaan gender, Malaysia telah memberi tumpuan pendidikan kepada kaum wanita dan hari ini lebih 65 peratus guru di sekolah rendah dan menengah di Malaysia terdiri daripada guru wanita," katanya.

Muhyiddin turut melahirkan rasa bangga kerana IPG Perempuan Melayu Melaka telah memberikan sumbangan yang besar kepada peningkatan penyertaan kaum wanita dalam kerjaya perguruan.

Mengenai penubuhan SEAMEO SEN beliau berkata, ia adalah selaras dengan komitmen kerajaan untuk meningkatkan kualiti pendidikan khas di negara ini.

Ujarnya, matlamat utama pusat itu ialah untuk memastikan setiap kanak-kanak mendapat akses kepada pendidikan berkualiti dan memiliki peluang yang sama untuk menikmati hasil pembangunan sosioekonomi.


Sumber : Utusan Malaysia

Pantau pengajaran Bahasa Inggeris

MELAKA 25 Okt. - Kementerian Pelajaran akan mengambil seramai 370 pakar bahasa Inggeris dari luar negara mulai tahun depan untuk memantau pengajaran bahasa itu di sekolah rendah.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pengambilan pakar-pakar tersebut merupakan sebahagian daripada pelaksanaan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, pengambilan pakar-pakar itu amat penting memandangkan usaha untuk memperkukuhkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar agak mencabar.

"Kerajaan tidak bimbang untuk memartabatkan Bahasa Melayu memandangkan sebahagian besar guru yang sedang berkhidmat adalah terlatih.

"Apa yang agak mencabar ialah untuk memperkukuhkan bahasa Inggeris walaupun kita mempunyai jumlah bakal guru yang ramai di Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh negara," katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi dialog program Titipan Naluri bersama guru-guru pelatih dari IPG Melaka, Johor dan Negeri Sembilan di IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka di sini hari ini.

Sesi dialog itu diadakan selepas Muhyiddin merasmikan Pusat Serantau Bagi Pendidikan Khas (SEAMEO SEN) dan bangunan tambahan IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka bernilai RM50 juta.

MBMMBI diperkenalkan oleh kerajaan bagi menggantikan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang akan dimansuhkan pada 2012.

PPSMI didapati gagal mencapai matlamat penguasaan bahasa Inggeris hingga menjejaskan pencapaian pelajar dari luar bandar dalam kedua-dua subjek tersebut.

Bagi tujuan tersebut kata Muhyiddin, penguasaan bahasa Inggeris kepada kira-kira 34,512 guru pelatih di 27 IPG di seluruh negara akan dipertingkatkan untuk pengajaran bahasa itu.

Beliau berkata, langkah itu penting bagi guru pelatih yang menamatkan pengajian kerana apabila keluar nanti mereka tidak akan menghadapi masalah apabila mengajar.

"Bagi guru-guru yang sedang berkhidmat pula, mereka akan menjalani beberapa kursus khas untuk menguasai bahasa Inggeris.

"Kursus-kursus yang diadakan ini tidak akan menjejaskan pengajaran di sekolah kerana mereka akan mengikutinya sewaktu cuti sekolah," ujarnya.

Dalam perkembangan lain Muhyiddin berkata, Kementerian Pelajaran akan mengambil langkah perlu untuk menyeimbangkan guru lelaki dan wanita.

Menurut beliau, daripada 34,512 guru pelatih di 27 buah IPG di seluruh negara, terdapat 22,805 guru pelatih wanita dan 11,707 guru pelatih lelaki.

"Jumlah ini tidak seimbang dan untuk jangka panjang kita perlu berikan tumpuan supaya guru pelatih lelaki sama jumlahnya dengan guru pelatih wanita," ujarnya.

Beliau menambah, setakat ini terdapat kira-kira 80,000 permohonan untuk menjadi guru dan menunggu untuk sesi kemasukan baru ke IPG di seluruh negara.


Sumber: Utusan Malaysia


Program Lepasan UPSR 2010

Pada 18 Oktober 2010, murid Tahun 6 telah menjalankan salah satu aktiviti program lepasan UPSR iaitu Jom Memasak. Berikut adalah antara gelagat murid yang sempat diambil semasa menyediakan 4 hingga 5 menu yang ditetapkan dan akan diadili oleh juri-juri. Semasa pemerhatian dijalankan, semua peserta menunjukkan semangat berpasukan bagi menjayakan program ini. Insya Allah, hasil daripada program ini dapat memupuk hobi yang bermanfaat di samping menjadikan ia sebagai salah satu kerjaya mereka di masa hadapan seperti Datuk Chef Wan.









Majilis Sambutan Hari Kanak-Kanak 2010


Perayaannya mempunyai dua objektif utama, iaitu:-

- memberi kesedaran kepada masyarakat terhadap segala keperluan serta isu penting berkaitan dengan kanak-kanak, di samping menekankan tanggungjawab masyarakat, khususnya ibubapa terhadap pendidikan kanak-kanak yang sempurna
- mengadakan program kegiatan kreatif serta hiburan.


Antara acara yang disediakan adalah seperti berikut:
Acara dalam dewan:-
- Tarian
- Deklamasi Sajak
- Drama
- Nasyid
- Pertunjukan Fesyen
- Nyanyian Solo

Acara Kelas:-
Pertandingan Mewarna

Bulan Bahasa Kebangsaan




Bulan Oktober telah dijadikan sebagai Bulan Bahasa Kebangsaan yang bertujuan untuk memantapkan, memperkukuh dan mempamerkan jati diri dan citra bangsa Malaysia dengan menguatkan rasa megah terhadap bahasa kebangsaan.

1 Bahasa, 1 Bangsa, 1 Negara


Usah salahkan orang lain jika gagal


SETIAP orang pasti mengalami pengalaman menghadapi kegagalan. Tidak kiralah gagal dalam peperiksaan, gagal dalam bercinta atau gagal dalam pertandingan. Selalunya apabila gagal, kita pasti akan mencari pelbagai alasan.

Jika gagal dalam peperiksaan, kita mungkin mengatakan guru tidak pandai mengajar, cikgu tidak mahir subjek berkenaan, sekolah tidak bagus, ayah ibu tidak ambil peduli, peralatan belajar kurang dan pelbagai alasan lagi. Jarang kita mengatakan pada diri, 'memang aku malas belajar', atau 'memang aku tidak berusaha dari awal lagi', atau 'aku malas berusaha'. Memang sudah menjadi sifat semula jadi manusia, gemar mencari dan memberi alasan dalam setiap perkara. Kelemahan sendiri jarang pula dilihat, apatah lagi hendak mengakui punca kegagalan kerana kelemahan diri sendiri. Namun, mencari alasan tidak akan menyelesaikan masalah. Malah, memberi alasan bererti kita berusaha melindungi sebab sebenar sesuatu masalah itu.


Kita lebih selamat dengan menyalahkan pihak lain tetapi sebenarnya itu tidak membantu untuk memperbaiki diri sendiri.


Jangan pula menjadi seperti bangau dalam lagu 'Bangau Oh Bangau', meletakkan kesalahan pada si ikan yang tidak timbul apabila dirinya kurus, begitu juga si ikan yang meletakkan kesalahan pada pihak lain pula dan begitulah seterusnya, seolah-olah masing-masing tidak pernah buat salah, yang tahu hanya menyalahkan orang lain. Jelas, apabila seseorang itu sedar dirinya bermasalah atau masalah itu berpunca daripada kelemahan dirinya sendiri, dia akan berusaha keras untuk memperbaiki kelemahannya. Jika dia masih berbangga dengan keupayaannya mencari alasan, masalah tidak akan selesai. Allah juga ada mengingatkan hambanya bahawa sesuatu perkara itu tidak akan berubah sekiranya manusia itu sendiri tidak mahu berusaha mengubah dirinya. (Maksud surah Ar-Ra'd ayat 11). Berusahalah mengatasi kelemahan diri dengan cara positif. Jangan salahkan orang lain sebelum mencari kelemahan sendiri.


Orang lain mungkin bersalah tapi itu bukan alasan untuk kita terus gagal. Jika kita terjatuh di jalanan kerana tersepak batu, wajarkah kita menyalahkan batu kerana ada di situ, cuba renungkan mengapa orang lain yang melalui jalan itu tidak jatuh? Mengapa hanya kita? Mungkin kerana kita kurang berhati-hati atau terlebih cuai. Jadi, sewajarnya kita tidak mencari alasan untuk gagal atau mencari alasan apabila sudah gagal kerana setiap usaha keras dan keyakinan yang mantap terhadap diri sendiri akan membuahkan hasil setimpal. Masih belum terlambat untuk kita bermuhasabah diri atas setiap masalah dihadapi, mencari kelemahan dan kekurangan kita, agar dapat mencari titik permulaan untuk mengorak langkah ke arah kehidupan positif dan cemerlang.

Musibah ujian penghapus dosa

Ujian boleh datang dalam pelbagai bentuk dan cara. Tabahlah menghadapinya

LUMRAH kehidupan manusia memang tidak dapat lari daripada menerima ujian.

Setiap ujian yang Allah timpakan kepada manusia mempunyai pelbagai hikmahnya. Allah menguji hamba-Nya dengan penyakit, bencana, kekurangan harta, kematian, kekayaan dan sebagainya untuk melihat sejauh mana tahap keimanan seseorang. Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Apabila Allah menyayangi seseorang hamba-Nya, Allah menguji dengan kesusahan sama ada pada diri, keluarga, anak mahupun pada harta supaya dibersihkan daripada dosanya. Sekiranya dosa masih ada Allah akan membuatkan matinya menjadi susah supaya apabila bertemu Allah dalam keadaan tidak berdosa." Begitulah juga sebagai hamba apabila berhadapan dengan ujian dan musibah ia pasti mempunyai pengajaran untuk kebaikan manusia itu sendiri. Musibah yang didatangkan itu bertujuan keampunan daripada dosa. Allah begitu sayang kepada hamba-Nya melebihi dari kasih sayang yang diberikan oleh seorang ibu kepada anak.


Walaupun hamba-Nya banyak melakukan kemungkaran dan dosa tetapi Allah tetap memberi peluang untuk bertaubat. Maka nilai kesabaran dan reda ketika menerima ujian akan dinilai Allah sebagai penghapusan dosa.


Pada masa sama ada keterangan dan ayat yang menyatakan dosa menjadi penyebab datangnya bala. Kalau dilihat sejarah lampau, mengapakah Allah menimpakan azab kepada kaum Nabi Nuh? Pada ketika itu mereka ditimpa ujian banjir besar selama lebih enam bulan. Begitu juga dengan kaum Nabi Luth di mana Allah terbalikkan lapisan bawah bumi naik ke atas, manakala yang atas dibenamkan ke perut bumi. Malah kesannya sehingga kini masih dapat dilihat di Laut Mati, Jordan. Lihat pula kaum Aad dan Thamud mati terkapar terputus jantung mereka kerana terkejut bunyi gempita suara tempikan malaikat. Pernahkah kita membaca sejarah Qarun yang tenggelam bersama kekayaannya hinggakan membentuk satu tasik yang amat besar dengan airnya laksana lautan? Pantai yang bertentangan tidak kelihatan kerana luasnya. Begitu juga Firaun yang gah ingin merebut segala gelaran hinggakan mahu menjadi Tuhan. Akhirnya, dia bukan saja tenggelam keseorangan di dalam laut malah segala kekuasaan, tentera dan gelarannya juga turut sekali lemas. Di sana ada seribu satu cerita kehancuran yang boleh dipelajari. Semua peristiwa ini berpunca kerana dosa. Sayangnya Allah kepada hambanya ialah segala ditimpa kepada hambanya yang lemah ini, tetap ada kebaikan walaupun sekali imbas nampaknya amat memilukan. Mereka yang mendapat petunjuk menyedari hikmah di sebalik ujian.

Ujian ada dua jenis. Pertama namanya bala dan yang kedua ibtila. Ibtila adalah kepayahan dan bencana yang menimpa dalam bentuk 'ujian' manakala bala ialah bencana dan kesusahan ditimpa dalam bentuk 'hukuman'. Ibtila yang melanda selepas menderita kepayahan dan keperitan adalah hukuman kepada mereka yang ingkar. Maka kita perlu sentiasa mengingati setiap tragedi seperti kejadian gempa bumi itu sebagai muhasabah diri. Sama-sama kita bertaubat atas dosa silam yang pernah dilakukan. Keinsafan yang dikongsi di sini ialah kita tidak mempunyai kuasa, kita adalah insan lemah dan masih banyak lagi perkara yang 'ghaib' yang gagal dikesan oleh radar dan kecanggihan. Bukan saja tidak sempat bersedia untuk mengelak musibah malah ramalan kita juga tidak tentu tepat dan berkesan. Petanda awal muncul tidak sempat dibaca. Allah yang Maha Kuasa. Sebagai hamba amat malang jika kita hendak beradu kuasa dengan Allah. Allah amat penyayang. Namun, Allah sangat marah kepada yang ingkar dan tidak ikut petunjuk selepas diberi peringatan. Allah ada peraturan yang mesti diikuti. Kalau orang langgar peraturan jalan raya ada akibatnya, langgar peraturan kerja ada kesannya apatah lagi melanggar peraturan Allah. Hanya kepada Allah tempat kita kembali merayu kerana Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hamba-Nya. Disamping berdoa kita juga perlu berusaha keras menyelesaikan masalah yang dihadapi.


Sumber: Harian Metro