PM tanda tangan kad ucapan Hari Guru


NAJIB Tun Razak menandatangani kad ucapan Hari Guru di pejabatnya di Putrajaya, dengan disaksikan oleh timbalannya, Muhyiddin Yassin dan anggota Kabinet.
Acara menandatangani kad ucapan berukuran 24x16 inci itu dibuat sebagai tanda terima kasih Perdana Menteri bersama timbalannya dan menteri-menteri Kabinet terhadap khidmat bakti guru-guru di seluruh negara.

Sebaik sahaja menandatanganinya, Najib bersama Muhyiddin serta menteri-menteri Kabinet menyampaikan ucapan ringkas "Selamat Hari Guru, Cikgu!".

Kad yang ditandatangani itu akan disampaikan oleh Muhyiddin kepada wakil guru ketika sambutan Hari Guru Ke-39 pada Ahad ini yang akan diadakan di Universiti Malaysia Pahang, Kuantan, Pahang. - BERNAMA



No comments:

Post a Comment