Tazkirah: Soalan Jibril kepada kerbau, kelawar, cacing....

PADA suatu hari, Allah SWT memerintahkan malaikat Jibril menemui seekor kerbau dan memintanya bertanyakan satu soalan kepada haiwan berkenaan. Jibril segera mematuhi perintah itu.

Pada waktu siang yang panas itu, si kerbau sedang berendam di sungai. Malaikat Jibril mendekatinya lalu bertanya: “Hai kerbau, apakah kamu selesa dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kerbau,”.

Kerbau menjawab: “Masya Allah! Alhamdulillah. Aku bersyukur kepada Allah SWT yang menjadikan aku sebagai seekor kerbau. Ini sangat berbeza jika aku dijadikan sebagai seekor kelawar yang mandi dengan air kencingnya sendiri.” Mendengar jawapan itu, Jibril segera pergi menemui seekor kelawar yang pada ketika itu sedang tidur bergantungan di dalam sebuah gua. Kemudian Jibril bertanya: “Hai kelawar, apakah kamu selesa dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kelawar.” “Masya Allah! Alhamdulillah. Aku bersyukur kepada Allah SWT yang menjadikan aku sebagai seekor kelawar daripada menjadikanku seekor cacing. Tubuhnya kecil, tinggal di dalam tanah dan berjalan menggunakan perutnya,” jawab si kelawar. Mendengar jawapan itu, Malaikat Jibril segera pergi menemui seekor cacing yang sedang merayap di atas tanah.

Lalu Jibril bertanya kepada si cacing: “Wahai cacing yang kecil. Apakah kamu selesa dijadikan Allah SWT sebagai seekor cacing.” Si cacing menjawab: “Masya Allah, Alhamdulillah! Aku bersyukur kepada Allah yang telah menjadikan aku sebagai seekor cacing daripada menjadikanku sebagai seorang manusia.

Apabila mereka tidak memiliki iman yang sempurna dan tidak beramal, ketika mereka mati mereka akan diseksa selama-lamanya.”


Sumber: Harian Metro


Sambutan Hari Guru 2010

Pada 17 hb Mei 2010, sambutan Hari Guru dengan tema Guru Pembina Negara Bangsa telah

disempurnakan dengan meriahnya. Terdapat acara permainan, persembahan murid dan

julung-julng kalinya pada tahun ini satu anugerah Guru Paling Popular anjuran unit ICT

dijalankan. Hasil undian terbanyak dikalangan murid, Guru Paling Popular tahun 2010

jatuh kepada.......Cikgu Shariman. Tahniah cikgu !!



Gotong-Royong Perdana


Terima kasih atas kerjasama semua pihak dalam menjayakan aktiviti Gotong-royong Perdana

peringkat kebangsaan yang dijalankan pada hari Sabtu, 15 Mei 2010. Dengan ini adalah

diharapkan semangat ini berterusan dalam program-program yang bakal dianjurkan

di masa hadapan.



Ketawa Pengubat Duka: Tiru dalam peperiksaan

Suatu hari ayah Naim dipanggil guru besar sekolah kerana Naim didapati selalu meniru di dalam ujian. Setiap kali ujian, Naim didakwa selalu duduk disebelah Azim.

Ayah: Saya tak percaya anak saya meniru setiap kali ujian!

Cikgu: Betul Encik, kami bukan tuduh begitu sahaja.

Ayah: Ape buktinya?

Cikgu: Nah, ini buktinya kalo encik tak percaya tengoklah sendiri.

Ayah Naim melihat kertas jawapan Naim dan Azim. Soalan pertama: Siapakah bapa kemerdekaan Malaysia? Naim dan Azim memberikan jawapan yang sama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra.

Ayah: Memanglah jawapan mereka sama. Macam mana cikgu kata anak saya meniru?

Cikgu: Sabar Encik, cuba encik lihat soalan kedua.

Ayah Naim melihat soalan kedua: Pada tahun berapakah negara kita mencapai kemerdekaan? Sekali lagi Naim dan Azim memberikan jawapan yang sama: 31 Ogos 1957. Ayah Naim sekali lagi marah, tetapi ditenteramkan untuk membaca soalan ketiga: Siapakah yang duduk disebelah Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka?

Azim menulis: Maaf, saya tak tahu.

Naim menulis: Kalau kau tak tahu aku lagi tak tahu!!!

Sumber: Klakar2u




Poems comments


Renungan.......





Ujian Selaras 2, PKSR 1

Warga SK Pantai Besar ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua murid dalam menghadapi peperiksaan pada 25 hingga 27 Mei ini. Diharap semua murid bersedia dari segi mental dan fizikal untuk peperiksaan tersebut...



IKHLAS ITU INDAH


Apa itu KEIKHLASAN? Barulah ku mengerti maksud sebenarnya apabila mengenangkan segala peristiwa dalam hidupku. Kini ku sedar bahawa KEIKHLASAN bukanlah sekadar ucapan biasa semata-mata. KEIKHLASAN didatangkan sekali dengan perasaan yang amat tulus dan tidak mampu dizahirkan dengan kata-kata. Alhamdulillah atas izin-Nya dapat ku rasai perasaan yang benar-benar IKHLAS muncul dari sanubariku.

Dahulu bagiku kerjaya sebagai GURU hanyalah sekadar mengisi kekosongan jawatan dan tidak lebih dari mengajar dan mendidik. Tetapi aku kini seorang GURU dan setelah memasuki dunia pendidikan, barulah aku sedar bahawa tanggungjawab seorang GURU amat berat sekali. Bukan sekadar mengajar dan mendidik tetapi terlalu banyak agenda yang perlu dilaksanakan demi memastikan kecemerlangan dan prestasi murid dapat dibanggakan. Ini meliputi akademik, ko-kurikulum dan sahsiah murid. Pengorbanan GURU tidak dapat dinilai dengan kata-kata. Bagaikan tersedar dari mimpi, jika dulu GURU-GURUKU pasti menjalani perkara yang sama dan mungkin jauh lebih hebat berbanding insan kerdil ini.


SELAMAT HARI GURU....

Untukmu, Guru yang dihormati sekalian...

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita.....

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua....
Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta....

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan....

Lagu & Lirik : Hashim Ahmad
Lagu dan Vokal : Video Klip <- sila klik



PM tanda tangan kad ucapan Hari Guru


NAJIB Tun Razak menandatangani kad ucapan Hari Guru di pejabatnya di Putrajaya, dengan disaksikan oleh timbalannya, Muhyiddin Yassin dan anggota Kabinet.
Acara menandatangani kad ucapan berukuran 24x16 inci itu dibuat sebagai tanda terima kasih Perdana Menteri bersama timbalannya dan menteri-menteri Kabinet terhadap khidmat bakti guru-guru di seluruh negara.

Sebaik sahaja menandatanganinya, Najib bersama Muhyiddin serta menteri-menteri Kabinet menyampaikan ucapan ringkas "Selamat Hari Guru, Cikgu!".

Kad yang ditandatangani itu akan disampaikan oleh Muhyiddin kepada wakil guru ketika sambutan Hari Guru Ke-39 pada Ahad ini yang akan diadakan di Universiti Malaysia Pahang, Kuantan, Pahang. - BERNAMA



Biarlah kehadiran anda dirasai!

HARI guru pada tahun ini disambut dalam suasana yang cukup berhemah. Sambutan besar-besaran di peringkat sekolah mungkin tidak perlu - tetapi ia tetap perlu diadakan juga. Masih ada murid yang mahu meraikan dan menghargai jasa anda. Sekurang-kurangnya anda perlu membuat sesuatu supaya kewujudan dan kerja anda dirasai.

Al-Mukadimah, banyak cabaran yang menanti guru bagi yang mengikuti perkembangan pendidikan semasa. Harapan yang diletakkan di bahu guru bukan sahaja daripada kelompok pelanggan iaitu ibu bapa, tetapi juga pembuat dasar, iaitu kerajaan.

Bagi yang telah memenuhi tuntutan Bai'ah, anda bolehlah tersenyum pada Hari Guru ini.

Maka, pada Hari Guru tahun ini, apa sahaja pengumuman - sama ada ia tokok tambah kepada gaji atau imbuhan lain - maka ia perlu disusuli dengan rasa insaf bahawa tanggungjawab mendatang bukan kepalang beratnya. Guru di bandar, pedalaman, di kampung atau di sektor-sektor khas lain perlulah dapat merasai bahawa Hari Guru 2010 ialah titik tolak kepada perubahan yang bakal mereka galas.

Perlu juga dibangkitkan di sini, kepada lebih 100 guru pedalaman yang telah diberi tunjuk sebab kerana ponteng dan pelbagai masalah lain, anda fikirlah sendiri. Jawablah surat tersebut kalau masih berstamina menjadi guru.

Yang mereka perlu sedar juga ialah tindak tanduk dan output kerja mereka kini diperhatikan secara kuantitatif dan kualitatif. Hal ini senang sahaja dilaksanakan kerana di bawah Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) pendidikan yang menjadi dasar Program Transformasi Kerajaan (GTP), maka KPI keberhasilan dan KPI tindakan akan menjadi petunjuk kepada pencapaian kuantitatif dan kualitatif masing-masing.

Rakyatlah yang memerhatikan KPI kita kelak. Sedarlah wahai guru, bahawa ibu bapa pada hari ini sudah pintar dan malah ada yang cukup arif tentang makna dan rubrik penilaian KPI. Mungkin selepas ini laporan kertas kerja berkajang-kajang kepada ketua jabatan terhadap apa yang kita buat tidak penting lagi, tetapi produk yang akan menentukan cara dan hala tuju kita.

Jadi, berhenti daripada terus cuba bermain dengan sentimen simpati terhadap diri sendiri, sebaliknya bekerja keraslah di bawah bidang tugasan di mana kita diletakkan. Kalau kita benar-benar mengakui apa yang kita lakukan demi the national duty, maka nawaitu kita selepas ini akan dipamerkan melalui keputusan atau output kerja masing-masing.

Kita bukanlah hebat sangat sehingga boleh diletakkan sebagai yang terbaik di dunia. Malah di peringkat Asia pun bukan. Indeks pencapaian pendidikan kita secara umumnya pun makin merosot (lihat laporan TIMMS dua tiga tahun kebelakangan ini) berbanding negara kecil Singapura dan Hong Kong. Nampaknya, semakin banyak dasar baru yang diperkenalkan, kesannya ialah antagonis. Apa sudah berlaku dan di mana ketirisan berlaku? Tepuk dada, tanyalah selera.

Dunia mungkin telah berubah, dan kita juga sebenarnya mesti berubah.

Pelbagai mekanisme dan enjin diperkenalkan dalam sistem kita. Kita ialah pengamal carrot and stick yang handal. Terlalu banyak carrot menyebabkan kita karat.

Pelbagai usaha dilakukan. Paling terbaru, Kementerian Pelajaran Malaysia mahu membantu sekolah dengan memperkenalkan apa yang disifatkan sebagai Program Peningkatan Prestasi Sekolah (PPPS). Program ini begitu cantik tetapi sejauh mana ia akan tercapai terletak di tangan guru. Satu hal lagi ialah sejauh mana guru mahu membuka pintu dan pemikirannya terhadap perubahan yang hendak dibawa oleh PPPS.

Sekolah akan menerima lagi pelbagai bentuk sokongan dan bantuan di bawah PPPS. Program berbentuk bottom-up ini akan berfokus terus ke sekolah, dengan menolak terus konsep one size fits all.

Begitu juga terdapat cadangan supaya guru diberikan sijil profesional. Lesen ini perlu diperbaharui melalui pemantauan dan program tertentu yang mereka perlu ikuti dari semasa ke semasa.

Di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 usaha besar-besaran akan dilakukan untuk mensiswazahkan hampir 100,000 guru yang masih belum memegang ijazah. Jumlah itu besar berbanding jumlah guru pada hari ini yang berjumlah 4000,000 orang.

Bagi pihak Utusan Malaysia, kami mengucapkan selamat Hari Guru 2010, semoga kita semua berada dalam sihat sejahtera dan mendapat keberkatan Allah dalam setiap tindak tanduk kita. Sebagai penganjur bersama festival Hari Guru, Utusan Malaysia menjemput semua guru dari seluruh negara ke Festival Hari Guru di East Coast Mall Kuantan bermula 13 hingga 16 Mei. Banyak ilmu menanti anda.

Kira raikan Hari Guru 2010.

Sumber: WAHID HASHIM

p/s- apa yang penting kerjasama....

Insentif sempena Hari Guru

Para pengetua, guru besar dan guru akan menikmati insentif menarik yang bakal diumumkan kerajaan pada sambutan Hari Guru, Ahad ini.
Ketua Pengarah Pelajaran, ATn Sri Alimuddin Mohd Dom berkata, insentif tersebut merupakan pengiktirafan kepada mereka yang berjaya meningkatkan prestasi sekolah tanpa mengira latar belakang sekolah berkenaan.
"Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan umumkan insentif tersebut yang merupakan salah satu sub Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara.
"Maklumat lanjut mengenai perkara tersebut akan diumumkan pada hari sambutan tersebut," katanya pada di sini hari ini.
Pengiktirafan itu bertujuan memastikan tidak ada sekolah-sekolah terutama di pedalaman dan luar bandar yang berasa terasing dan terpinggir.

Sumber: Utusan Malaysia, 12 Mei 2010

p/s- alhmdulillah..... tahniah kepada mereka yang bakal menerima insentif..



UJIAN SARINGAN PERMATApintar 2010

UJIAN SARINGAN PERMATApintar UKM 1 VERSI 2010
1 MAC hingga 31 MEI 2010

Program ujian ini sedang dijalankan mengikut peringkat dari tahun 2 hingga 6 di Pusat Akses.