Banci 2010

Bermula 6 Julai hingga 22 Ogos tahun ini, proses bancian akan dijalankan. Banci kali ini adalah Banci kelima yang dijalankan sejak tertubuhnya Malaysia pada tahun 1963 di mana kali terakhir Banci dijalankan adalah pada tahun 2000.

Pembancian dijalankan ke atas semua penduduk di Malaysia yang telah atau akan tinggal di tempat tinggal biasa mereka bagi tempoh enam bulan atau lebih pada 2010.

Jabatan Perangkaan yang menjalankan Banci 2010 turut memperkenalkan kaedah baru pembancian iaitu secara dalam talian. Kaedah dalam talian adalah salah satu kaedah pembancian selain pembanci akan ke tempat kediaman untuk menemuramah semua penduduk bagi mendapatkan maklumat.

Selain daripada itu, penduduk boleh mengisi sendiri soal selidik dengan menggunakan soal selidik yang dibekalkan oleh pembanci. Orang ramai boleh mengisi sendiri soal selidik secara dalam talian menggunakan ID dan kata laluan yang dibekalkan melalui lama web http://www.statistics.gov.my

sumber: Berita Harian 07/04/2010

No comments:

Post a Comment