Wakil SK Pantai Besar ke Pertandingan Bercerita Peringkat Zon Batu Kurau
Warga SK Pantai Besar mendoakan kejayaan kepada peserta bercerita yang akan bertanding di SK Sg Ara. Semoga segala latihan serta usaha anda membuahkan hasil. Dengan guru pengiring, Cikgu Jamil dapat menyuntik semangat peserta kita untuk mara ke peringkat seterusnya.
mesyuarat kurikulum kali kedua
semua guru dikehendaki menghadiri mesyuarat kurikulum kali kedua pada 8 april 2010 (khamis) jam 1.00 petang bertempat di makmal komputer.harap maklum.
su kurikulum
su kurikulum
Renungan Bersama...
Al-Qamah, seorang ulama masyhur dahulu kala memberikan beberapa panduan kepada anaknya dalam memilih sahabat. Antaranya:
1. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, dia akan membantu mengusahakan pertolongan itu sedaya upayanya.
2. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan daripadamu, dia akan menghargainya.
3. Jika engkau membuat bakti kepadanya pasti dia akan melindunginya.
4. Jika engkau berdua berselisih faham, dia akan mengalah untuk menjaga ikatan persahabatan itu.

Selamat Bersara kepada En Ismail bin Musa
Satu majilis persaraan telah dijalankan dengan jayanya. Beliau yang diraikan ialah En Ismail bin Musa, PK 1 Pentadbiran, Sk Pantai Besar. Suatu pagi yang mendamaikan seolah-olah merestui pemergian En Ismail yang menamatkan perkhidmatannya di sekolah ini. Rasa sayu menyelubungi setiap hati warga SKPB tatkala alunan lagu "Di mana kan ku cari ganti" diputarkan.
Taniah juga kepada semua AJK yang terlibat dalam menjayakan majilis tersebut. Persembahan daripada murid yang terdiri daripada sketsa, tarian, nyanyian serta deklamasi sajak buat insan teristimewa Cikgu ismail.
Segala jasa baik beliau tetap kami kenang sampai bila-bila. Keperibadian beliau amat disenangi oleh semua pihak terutamanya lakaran senyumannya yang tidak pernah lekang di wajahnya.

Salam Takziah buat keluarga Mior Ahmad Fuad Mior Badri
Awal pagi Jumaat, 2 April, Malaysia telah dikejutkan dengan berita pemergian salah seorang anak seni dalam bidang komedi iaitu Allahyarham Mior Ahmad Fuad atau lebih dikenali dengan Din Beramboi. Beliau meninggal dunia di wad ICU, Hospital Selayang disebabkan oleh demam denggi berdarah. Bagi para pendengar Radio Era, mungkin akan terasa kehilangan beliau di dalam segmen Riuh di Era bersam Aznil dan Din Beramboi. Beliau juga agak sinonim dengan majalah lawak iaitu Ujang di suatu ketika dulu. Tidak lupa watak Din Beramboi sebagai icon dalam majalah Ujang tersebut. Bagi kepada mereka mengikuti perkembangan kareer beliau, masa ini adalah masa kemashyuran beliau. Namun, takdir telaj\h mengubah segalanya. beliau meninggalkan seorang balu dan 3 orang cahaya mata.
Salam takziah buat keluarga beliau, moga mereka redha dan tabah menghadapi ujian ini.
Al-fatihah....
Salam takziah buat keluarga beliau, moga mereka redha dan tabah menghadapi ujian ini.
Al-fatihah....
Subscribe to:
Posts (Atom)