Sabah tuan rumah Tilawah al-Quran Kebangsaan ke-53

Sabah dipilih menjadi tuan rumah Majlis Tilawah al-Quran peringkat kebangsaan kali ke-53 yang akan diadakan di Dewan Perdana Wisma Muis di sini, bermula 29 Jun hingga 3 Julai ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, ini adalah kali ketiga Sabah dipilih sebagai tuan rumah tilawah al-Quran peringkat kebangsaan, selepas menganjurkan majlis itu pada 1989 dan 2000.

Katanya, tema majlis tilawah al- Quran tahun ini adalah Memantapkan Ukhuwah, Memperkasa Ummah dan akan dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 29 Jun ini.

"Seramai 27 qari dan qariah dari seluruh negara akan memperdengarkan bacaan al-Quran masing-masing bermula 29 Jun hingga 3 Julai.

"Johan qari dan qariah akan mewakili Malaysia ke Majlis Tilawah Al- Quran peringkat antarabangsa yang akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada 27 Julai hingga 3 Ogos tahun ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Induk Majlis Tilawah al-Quran peringkat kebangsaan kali ke-53 di Wisma Innoprise di sini hari ini.

Hadir sama ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom, Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Nasir Tun Sakaran dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Sukarti Wakiman.

Musa berkata, majlis penutupan dan penyampaian hadiah akan disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Haji Ahmadshah Abdullah pada 3 Julai.

Katanya, majlis tilawah al-Quran peringkat kebangsaan diadakan setiap tahun sebagai usaha berterusan kerajaan menggalakkan serta membudayakan minat membaca al-Quran di kalangan umat Islam.

Beliau menambah, bagi menyemarakkan lagi majlis tilawah tahun ini beberapa program sampingan seperti konvensyen Al-Quran peringkat kebangsaan dan persidangan pegawai- pegawai syariah peringkat kebangsaan akan diadakan.

"Bagi menarik kunjungan dan kehadiran orang ramai pameran berkaitan perkembangan Islam di negeri ini, Kaligrafi Islam, penulisan Al-Quran dan artifak arkeologi sejarah Islam juga akan diadakan.

"Selain itu, beberapa persembahan berbentuk nasyid, qasidah, kompang dan persembahan muzik tradisional tempatan akan diadakan sepanjang tempoh penganjuran tilawah peringkat kebangsaan itu," katanya.


Sumber: Utusan Malaysia Online


Demi Matahari

Demi matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila ia mengiringi
Demi siang hari bila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi

Demi langit beserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada di hamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya

Allah, Subhanallah … Allah, Subhanallah
Allah, Subhanallah … Allah, Subahanallah

Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan
Beruntung bagi yang mensucikan-Nya
Merugi bagi yang mengotori-Nya ...
Subhanallah


Album : Di Pintu Langit
Cipt. : M. Lukman Nunasyim (Maroji : QS Asy-Syamsy)
Music Arr. : Ari Wibowo
Vocal Director : Erwin Yahya/Ikhsan Nur Ramadhan


Pelalian HPV - Lindungi anak gadis anda

Apakah Kanser Servik ?
Kanser yang terjadi di bahagian pangkal rahim (servik). Kanser ketiga paling kerap dikesan di kalangan wanita selepas kanser payudara dan kanser kolorektal. Di anggarkan 1,500 wanita Negara ini disahkan mendapat kanser servik setiap tahun. Kanser servik menyumbang 6% dari jumlah kematian akibat kanser di kalangan wanita.

Apakah Human Papilloma Virus (HPV) ?
HPV adalah penyebab utama kanser servik. Setiap wanita berisiko dijangkiti HPV selepas berkahwin.

Apakah pelalian HPV ?
Pelalian yang diberi untuk mencegah kanser servik akibat jangkitan HPV. Pelalian ini diberi secara suntikan di lengan sebanyak 3 kali dalam tempoh 6 bulan mengikut jadual berikut :
Suntikan pertama - tarikh pelalian pertama diberi di sekolah/kllinik.
Suntikan kedua - 1 bulan selepas suntikan pertama.
Suntikan ketiga - 6 bulan dari suntikan pertama.
Vaksin yang digunakan untuk pelalian ini tidak mengandungi produk yang meragukan.

Kenapa Anak Gadis 13 Tahun Saya Perlu Mendapatkan Pelalian HPV ?
Anak gadis anda berisiko untuk dijangkiti HPV. Pelalian ini boleh melindunginya dari mendapat kanser servik di masa akan datang.
Pada masa ini Kementerian Kesihatan Malaysia hanya memberi pelalian secara percuma kepada semua gadis 13 tahun.

Di Mana Anak Gadis Saya Boleh Mendapatkan Pelalian HPV ?
Jika anak gadis anda bersekolah, pelalian akan diberi di sekolah. Jika anak gadis anda tidak bersekolah, dapatkannya di klinik kesihatan.

Bagaimana Sekiranya Anak Gadis Saya Yang Tidak Termasuk Di Dalam Kumpulan Sasar Ini Hendak Mendapatkan Pelalian ?
Pelalian ini hanya diberi kepada remaja perempuan yang bersekolah di tingkatan 1 dan/atau berumur 13 tahun pada tahun semasa. Bagi golongan yang tidak termasuk dalam kumpulan yang disasarkan, pelalian ini boleh didapati di klinik dan hospital swasta dengan kadar caj tertentu.

Apakah Peranan Saya Sebagai IbuBapa/Penjaga ?
Beri persetujuan bertulis untuk melayakkan anak anda menerima pelalian secara percuma.
Pastikan anak anda melengkapkan tiga suntikan pelalian secara percuma.
3 suntikan pelalian boleh memberi perlindungan optima untuk gadis anda dari jangkitan HPV.

Siapa Yang Akan Memberi Suntikan ?
Suntikan akan diberikan oleh anggota kesihatan yang bertauliah dan terlatih.

Adakah Vaksin Ini Halal?
Vaksin ini tidak mengandungi produk yang meragukan.

Adakah Anak Gadis Saya Akan Mengalami Masalah Selepas Disuntik ?
Pelaian ini adalah selamat.
Seperti pelalian lain, anak gadis anda mungkin mengalami sakit atau bengkak di tempat suntikan.
Sekiranya, anak gadis anda mengalami masalah lain akibat suntikan, sila dapatkan rawatan susulan di klinik atau hospital yang berdekatan.

Adakah Pelalian Ini Akan Menyebabkan Anak Saya Mandul ?
Tidak. Pelalian ini tidak menyebabkan kemandulan.

Apakah Keadaan Yang Tidak Membolehkan Anak Gadis Saya Diberi Pelalian HPV ?
Anak anda tidak akan diberi pelalian atas sebab-sebab berikut :
•Pernah mengalami kesan sampingan teruk setelah menerima suntikan pertama atau suntikan kedua.
•Pernah mengalami alahan teruk yang perlu dirawat di hospital.
•Hamil

Apakah Tindakan Saya Jika Anak Saya Terlepas Tarikh Temujanji Pelalian ?
Jika anak anda tidak sihat atau tidak hadir ke sekolah pada hari pelalian, tarikh temujanji baru akan diberi oleh anggota Kesihatan.


Sumber: Info Sihat


7 Sunnah Rasulullah S.A.W

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh-tujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari
Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh.
Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: jaga solat Dhuha.
Kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: jaga sedekah setiap hari.
Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu.
Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat.
Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.


Sumber: Rileks.Info


program Pengisian Cuti Sekolah..........Kembali !!

Untuk musim cuti sekolah ini, pihak unit ICT telah menganjurkan satu program pengisian terbuka kepada murid tahun 4 dan 5 di Pusat Akses. Para peserta didedahkan beberapa teknik asas menaip yang betul dan peserta dikehendaki membuat latih tubi menaip dan di akhir program ini, diuji dengan Speed Test Challenge secara dalam talian. Peserta juga akan didedahkan dengan laman web yang berunsurkan informasi untuk kemudahan mereka kelak.