Salam Maulidur Rasul 1431H

Salam sejahtera kepada semua muslimin dan muslimah…

Selamat menyambut hari keputeraan Nabi Muhammad S.A.W – 12 R’Awwal 1431H

Hari mulia, hari keputeraan Baginda, Nabi Muhammad s.a.w. Berselawatlah dan perbesarkan dan muliakan hari ini… Amalkan segala sunnah junjungan kita dalam kehidupan seharian.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
Barangsiapa yang membesarkan hari keputeraanku nescaya aku akan menjadi penolongnya pada hari kiamat dan barang siapa membelanjakan untuk majlisku seumpama ia membelanjakan emas sebanyak sebuah gunung untuk agama Allah.”

SK Pantai Besar menjadi juara dalam Hoki peringkat Zon Batu Kurau

Pada 25hb Februari yang lalu, SK Pantai Besar selaku tuan rumah bagi permainan hoki peringkat zon Batu Kurau telah menjadi johan bagi kategori lelaki dan perempuan di bawah 12 tahun.

Tahniah dan syabas atas kemenangan yang dikecapi di samping mengharumkan nama sekolah. Sk Pantai Besar Boleh !!!







Latihan Rumah Sukan bermula

Selepas cuti perayaan Tahun Baru Cina, latihan rumah sukan telah kembali beraksi. Semua pasukan mempamerkan semangat yang jitu dalam setiap acara.




Peraduan Menulis Cerita Kanak-Kanak Sempena Hari Guru Peringkat Negeri Perak 2010

Salam Sejahtera semua Guru Negeri Perak khususnya Guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

1. Peraduan menulis cerita kanak-kanak akan dijalankan sempena Hari Guru Peringkat Negeri Perak.
2. Semua guru dan murid digesa supaya menyertai peraduan ini.
3. Guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris boleh menggunakan waktu P&P penulisan untuk membimbing murid menghasilkan karya.
4. Sokongan semua guru akan memartabatkan peranan perguruan dalam membina negara bangsa.
5. Tarikh tutup 9 April 2010.

Untuk maklumat lanjut sila layari portal JPN Perak

Selamat Tahun Baru Cina

Kami mewakili warga SK Pantai Besar ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina khususnya kepada Puan Choong sekeluarga dan selamat bergembira sempena cuti perayaan tersebut.

Kekalkan pemanduan yang berhemah sepanjang perjalanan anda.